Ruangan Cat Garden Hampir Siap!

IMG_2711Ruangan Cat Garden Hampir Siap! | Sudah hampir ke garisan penamatnya untuk kami memulakan operasi perniagaan cafe dan tarikhnya akan di umumkan nanti. Ramai juga kami menjemput saudara mara, rakan taulan dan pelanggan ZABP & ZAPC bagi memeriahkan suasana pembukaan dan perasmian Cafe & Cat Garden. Bagi yang belum membacanya, anda boleh ke entri Anda Dijemput Hadir!

Diruangan ini, sicomel kami yang telah di mandulkan akan di bebaskan dengan kemudahan penghawa dingin serta permainan aksesori sicomel. Kami akan mengenakan syarat-syarat yang harus di patuhi semasa memasuki ruangan “Cat Garden” ini adalah seperti berikut:
1- Sebelum memasuki ruangan “Cat Garden”, hendaklah menggunakan pencuci tangan atau “hand Sanitiser” yang disediakan oleh pihak kami sebelum menyentuh sicomel kami.
2- Kemudahan alatan permainan seperti bulu tangkis, kerusi duduk dan lain-lain lagi akan disediakan oleh pihak kami dan anda perlu memulangkan semula dalam keadaan baik kepada pekerja yang bertugas didalam ruangan ini. Hendaklah menggunakan dengan cermat dan jika didapati rosak, anda akan dikenakan caj ganti rugi.
3- Sebelum keluar dari ruangan Cat Garden, anda akan di berikan penggolek bulu @ “roller” untuk tujuan membuang bulu-bulu sicomel yang melekat di pakaian anda dan akan di perhatikan sepenuhnya oleh petugas kami.
4- Semasa berada di dalam ruangan “Cat Garden”, tidak di benarkan berlari serta membuat bising supaya untuk mengelakkan sicomel kami ketakutan atau “stress”.
5- Ibubapa hendaklah sentiasa memantau perlakuan anak-anaknya ketika berada di dalam ruangan “Cat Garden” kami nanti.
6- Tambahan syarat-syarat terkini dan perlu akan dikemaskini dari masa ke semasa nanti.

Ini adalah sebahagian ruang Cat Garden yang hampir siap sepenuhnya untuk dikongsikan bersama demi kepuasan pelanggan yang ingin hadir bermain dengan sicomel kami nanti.  

IMG_2712

Antara sicomel yang akan berada di ruangan “Cat Garden” ialah:
-Prince a.k.a Yink (Mix Persian)
– Adeq (buta) (Persian Semi Flat Face)
– Yuna (DSH)
– Momot (Persian Semi Flat Face)
– Groser (DMH)
– Micko (Bengal Marble)
– Nicki (Bengal Spotted)
– Bella (Persian Semi Flat Face)
– Uteh (DMH)
– Anak- Anak Si Cicy

Kami akan pastikan mereka ini tidak akan bergaduh sesama sendiri, bersifat friendly dan manja dengan pelanggan yang ingin bermain dengan mereka. Yang lebih menarik lagi, anda juga akan berpeluang memenangi 3 hadiah Misteri. Syaratnya sangat mudah:
1-Tambah sebagai rakan facebook anda di :
fb/cafecatgarden

2-Share tentang CCG dan tag facebook kami dengan tajuk tema “Great Food, Lovely Cats” atau “Best Cat Cafe, Best Entertaiment Friends Connected“. Anda tidak di benarkan sesekali untuk Like apa yang di share oleh post wall facebook anda sendiri. Jika anda sendiri yang Like, secara automatiknya penyertaan anda terbatal. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

3-Pemenang akan di umumkan didalam facebook rasmi nanti berdasarkan share & Like tertinggi akan layak menerima hadiah Misteri…

4-Pemenang akan dihubungi melalui facebook. Hadiah akan dituntut oleh pemenang dan jika tidak di tuntut mengikut tempoh yang di benarkan, secara automatiknya akan diberi kepada pemenang yang layak seterusnya.

5-Syarat-syarat mudah akan dikemaskini dari masa kesemasa nanti.

(34)

0

0 comments on “Ruangan Cat Garden Hampir Siap!Add yours →

Leave a Reply