Logo Rasmi CCG

Logo Rasmi CCG | Alhamdulillah, peringkat demi peringkat dalam menyiapkan premis kami hampir siap sepenuhnya. Kali ini kami siapkan logo rasmi CCG yang berkonsepkan cafe & cat dimana di gabungkan elemen sicomel dalam logo kami. Dengan ini kami merasmikan logo rasmi CCG untuk di jadikan ‘Brand’ bisnes utama dalam penyediaan makanan tradisi dan barat serta hiburan berkonsepkan santai untuk pelanggan yang datang ke premis kami.

Warna yang digunakan dalam elemen logo kami adalah seperti:
LOGO COLOR CCG1- Dark Brown
2- Dark Yellow
3- Dark Orange
Jenis font yang agak menarik dan bersesuaian dengan tema akan dijadikan ‘brand’ perniagaan rasmi kami. Tagline “Great Food, Lovely cats” dipilih kerana kami akan menyediakan makanan tradisi dan makanan barat mengikut citarasa pelanggan kami dan penduduk Taman Setempat. Selain menikmati makanan yang di sediakan oleh pihak CCG, anda juga boleh bersantai dengan sicomel kami secara PERCUMA, dimana sicomel akan dilepaskan di bilik khas dan berkaca, dilengkapi dengan penghawa dingin serta alat penyedup udara dari Coway

In shaa Allah, perancangan kami dari masa kesemasa nanti akan di kemaskini dengan hasil ‘brand’ kreativiti khas untuk dijual dan dijadikan koleksi kepada pelanggan setia yang sudi berkunjung di premis kami.

Selain itu tagline “Best Cat Cafe, Best Entertainment Friends Connected” mempunyai maksudnya tersendiri. Hasrat kami untuk pelanggan yang sudi menjadikan premis kami untuk perbincangan atau perjumpaan dengan klien mereka serta sekaligus dapat mempromosi premis kepada orang luar.

(12)

0

0 comments on “Logo Rasmi CCGAdd yours →

Leave a Reply