Kemeriahan Pembukaan & Perasmian Cafe & Cat Garden!

Kemeriahan Pembukaan & Perasmian Cafe & Cat Garden! | Assalamualaikum buat pelanggan CCG yang di kasihi. Semoga di limpahkan kurnia olehNya dan di permudahkan segala urusan seharian. Baru-baru ini, telah dipermudahkan segala urusan jemputan pembukaan dan perasmian satu lagi cawangan kami iaitu CAFE & CAT GARDEN di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada 21 Mei 2016, Jam 12.00tengahari – 5.00petang

Sudah 3 hari sudah berlalu, begitu cepat masa berlalu pergi sehinggakan kami lewat untuk mengemaskini artikel tentang kemeriahan suasana ketika itu. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan, rakan dan sahabat handai yang sudi datang untuk memeriahkan lagi suasana pembukaan dan perasmian cafe kami.
menu-hidanganAntara menu juadah yang dihidangkan untuk para tetamu yang hadir adalah seperti:
1- Nasi Kerabu
2- Mee Goreng Special- Chef Zul
3- Laksa Special CCG- Chef Azizi
4- Kuih tradisi- Kocee
5- Buah-buahan
6- Air

Tidak dijangka juga dengan kehadiran para tetamu sehingga makana yang dihidangkan habis dan sempat kami menyediakan menu masakan baru iaitu Spageti Tomyam (Chef Azizi) untuk tetamu yang baru hadir. Rata-rata komen positif dan memberangsangkan dari para tetamu tentang masakan kami. Anda juga boleh tinggalkan komen diruangan dibawah ini untuk kami pertingkatkan lagi mutu servis hidangan kami dimasa-masa akan datang.

Terima kasih di atas komen anda… 🙂

Kami sempat mengambil gambar suasana kemeriahan pembukaan dan perasmian untuk dikongsikan bersama-sama dan dijadikan tarikh sejarah permulaan kami dalam servis penyediaan makanan.

This slideshow requires JavaScript.

Para tetamu yang hadir lewat, kami memohon maaf dengan kehabisan menu hidangan yang disediakan. Sangkaan kami dengan penyedian menu yang ada cukup untuk menampung tetapi di luar jangkaan kami. Maaf sekali lagi. Inilah kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan dan teruslah menyokong perniagaan cafe kami nanti. Tanpa anda kami tidak akan sampai ketahap ini. Terima kasih daun keladi… 🙂

(51)

0

0 comments on “Kemeriahan Pembukaan & Perasmian Cafe & Cat Garden!Add yours →

Leave a Reply