Allah Permudahkan Seperti Dirancang!

Allah Permudahkan Seperti Dirancang! | Alhamdulillah syukur kami kehadrat Illahi, proses untuk siapkan cafe kami berjalan seperti yang dirancang. Hari ini sahaja kontraktor sudahpun pasang pintu besi berjeriji (gril) dan bilik kaca khas kucing. Proses seterusnya adalah pemasangan lantai, table top dan dinding. Masa yang sama juga pemasangan komponen elektrik seperti suis, kipas dan lampu juga akan di uruskan serentak supaya kerja-kerja ini hanya di benarkan dalam tempoh 3 bulan sahaja dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Berikut adalah gambar yang sempat kami ambil ketika pemasangan ini di buat di premis cafe baru kami.

Semoga Allah permudahkan niat kami seperti yang dirancang. Mengikut perancangan, pembukaan dan perasmian cafe baru kami ini pada awal bulan atau pertengahan Mei 2016, bergantung kepada kerja-kerja pemasangan ini siap sepenuhnya. Jika awal atau pertengahan, kami akan memilih tarikh dan hari yang sesuai untuk pembukaan dan perasmian nanti. Tunggu!!!!…….

(7)

0

0 comments on “Allah Permudahkan Seperti Dirancang!Add yours →

Leave a Reply